Di Malaysia, terdapat empat jenis tumbuhan semulajadi utama iaitu hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung. Selain kaya dengan tumbuhan semulajadi, hutan juga kaya dengan hidupan liar seperti harimau belang, gajah dan sebagainya. Habitat asal hidupan liar ini ialah di dalam hutan, tetapi ada juga hidupan liar ini yang ditempatkan di Pusat Pemulihan Hidupan Liar di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).