Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.
Ciri-ciri utama Hutan Khatulistiwa ialah :
Kepentingan Hutan Hujan Tropika
Ciri-ciri utama Hutan Khatulistiwa ialah :
- Pokoknya tumbuh lurus, tegak dan berakar banir
- Hutan malar hijau
- Pokok-pokok tumbuh dengan rapat
- Tumbuh-tumbuhan bawah jarang
Kepentingan Hutan Hujan Tropika
- Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti, seraya dan keruing.
- Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.
- Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.
- Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang, Lembah Belum dan lain-lain.
- Kawasan tadahan hujan.
- Menyejukkan dan menyamankan udara. Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen